SELAMAT DATANG KE BLOG AYI PUTERA

SILA KLIK

Selasa, 20 Mei 2014

Cara nak mendaftar 8share
1. Mula-mula pergi ke laman web 8share, klik link ini.
2. Kemudian akan muncul paparan berikut dan tekan SIGN UP.

3. Akan muncul satu kotak untuk anda create account 8share anda. Isikan maklumat-maklumat berikut ye.

4. Dah selesai semua nanti dia akan terus direct ke akaun 8share anda.
5. Pastu, buka gmail or Yahoo mail dan klik SAYS Account


6. Akan muncul email untuk pengesahan. So tekan link yang warna hijau tu dan



7. Klik 8share yang berwarna merah  dan

8. Akan muncul seperti dibawah dan kliklah di DASHBOARD lihat di Total Earnings secara automatik dapat RM1.00 dan apabila cukup RM50.00 boleh la di cash kan… Wah senangnya…  hanya perlu rajin sahaja.


Isnin, 19 Mei 2014

Cara Promosi  Paling Popular Buat Duit Menerusi 8Share


Assalamualaikum. Ramai antara kita yang masih lagi tak manfaatkan cara buat duit online menerusi 8Share. Menerusi media sosial seperti facebook, blog, email, twitter, whatsapp, we chat, line dan sebagainya. Malah, ada yang tak tahu pun. Ok, secara ringkasnya, 8Share ini lebih kurang sama je dengan Churp Churp di blog, cuma kelebihan 8Share ialah ia pantas membayar jika nak dibandingkan dengan Churp Churp. Tambahan lagi, 8Share bayar terus pendapatan anda menerusi akaun bank sedangkan Churp Churp menggunakan kaedah cek. Duk saja-saja pun boleh duit (masyuk...hehehe)  Tunggu apa lagi , moh le kite daftar percuma di sini -  http://bit.ly/1ng0qwj 


8Share boleh berikan ganjaran lumayan buat anda jika pandai mengeksploitasikan iklan yang disediakan. Ada banyak cara boleh anda gunakan untuk mendapatkan ganjaran maksimum menggunakan 8Share ini. Insyaallah, dengan setiap klik ke iklan 8Share, anda akan menerima sebanyak RM0.20 sebagai ganjaran perkongsian anda tersebut. Nampak ja sikit tapi lama-lama banyak nilainya (buat hanya duit simpanan sahaja, cth:- untuk bayar bil-bil).

Apakah tips, kaedah untuk memaksimakan pendapatan menerusi 8Share? Ok, saya akan kongsikan sebahagian tips popular yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan iklan-iklan yang ada dalam 8Share ini.



Cara Popular yang digunakan oleh orang berjaya Buat Duit Menerusi 8Share
  1. Kongsikan iklan di Facebook Timeline atau Google+ Profile kepunyaan anda - Samada menggunakan ayat-ayat yang tersedia di 8Share sendiri atau menggunakan pendekatan lebih kreatif dengan mengolah ayat yang lebih menarik tetapi tidak memperdaya di Facebook anda.
  2. Kongsikan iklan di Facebook Timeline atau Google+ Profile kepunyaan rakan anda - Cara ini juga popular tetapi mesti anda pastikan bahawa rakan anda itu ada minat terhadap iklan tersebut, contohnya anda tahu rakan anda itu kaki shopping, maka kongsikan iklan-iklan yang ada kaitan dengan diskaun beli belah atau ganjaran membeli belah.
  3. Kongsikan iklan di komuniti-komuniti yang ada di Facebook/Google+. Cari atau kongsikan di komuniti yang ramai ahlinya. Lebih ramai lebih baik kerana kebarangkalian tinggi untuk iklan anda diklik.
  4. Kongsikan di akaun Twitter anda dengan ayat pendek dan hastag tertentu.
  5. Paparkan iklan tersebut di Fanpage kepunyaan anda, samada di Facebook mahupun di Google+. 
  6. Hantar email kepada rakan-rakan anda. Cara ini mungkin tak ramai buat, tetapi ia merupakan antara kaedah berkesan untuk digunakan.
  7. Perlu rajin dan perlu ramai kenalan samada di Facebook, Twitter, Google+ Profile. Hanya dengan kekerapan anda kongsikan iklan-iklan tersebut di platform-platform yang ramai akan lihat iklan anda adalah yang paling baik.
8Share bukan sahaja kongsikan iklan-iklan, tetapi juga beberapa kontes menarik yang boleh anda sertai dan menang pelbagai hadiah. Lagipun ia percuma, anda hanya perlu daftar di sini - http://bit.ly/1ng0qwj dan mula jana pendapatan buat duit dengan 8Share.

Oh ya, 8Share dulunya dikenali sebagai SAYS Malaysia reward program ... :)

Selamat mencuba.

Sabtu, 17 Mei 2014

Jenis-Jenis Warna Dan HTML Code

Rupa-rupanya setiap tona warna ada nama tersendiri. Khas untuk orang lelaki, warna-warna ni mungkin boleh membantu menjadikan anda teman lelaki yang memahami pasangan ketika keluar membeli pakaian.

Jenis Merah

 IndianRedCD5C5C 
 LightCoralF08080 
 SalmonFA8072 
 DarkSalmonE9967A 
 LightSalmonFFA07A 
 CrimsonDC143C 
 RedFF0000 
 FireBrickB22222 
 DarkRed8B0000 

Jenis Pink

 PinkFFC0CB 
 LightPinkFFB6C1 
 HotPinkFF69B4 
 DeepPinkFF1493 
 MediumVioletRedC71585 
 PaleVioletRedDB7093 

Jenis Jingga

 LightSalmonFFA07A 
 CoralFF7F50 
 TomatoFF6347 
 OrangeRedFF4500 
 DarkOrangeFF8C00 
 OrangeFFA500 

Jenis Kuning

 GoldFFD700 
 YellowFFFF00 
 LightYellowFFFFE0 
 LemonChiffonFFFACD 
 LightGoldenrodYellowFAFAD2 
 PapayaWhipFFEFD5 
 MoccasinFFE4B5 
 PeachPuffFFDAB9 
 PaleGoldenrodEEE8AA 
 KhakiF0E68C 
 DarkKhakiBDB76B 

Jenis Ungu

 LavenderE6E6FA 
 ThistleD8BFD8 
 PlumDDA0DD 
 VioletEE82EE 
 OrchidDA70D6 
 FuchsiaFF00FF 
 MagentaFF00FF 
 MediumOrchidBA55D3 
 MediumPurple9370DB 
 Amethyst9966CC 
 BlueViolet8A2BE2 
 DarkViolet9400D3 
 DarkOrchid9932CC 
 DarkMagenta8B008B 
 Purple800080 
 Indigo4B0082 
 SlateBlue6A5ACD 
 DarkSlateBlue483D8B 
 MediumSlateBlue7B68EE 

Jenis Hijau

 GreenYellowADFF2F 
 Chartreuse7FFF00 
 LawnGreen7CFC00 
 Lime00FF00 
 LimeGreen32CD32 
 PaleGreen98FB98 
 LightGreen90EE90 
 MediumSpringGreen00FA9A 
 SpringGreen00FF7F 
 MediumSeaGreen3CB371 
 SeaGreen2E8B57 
 ForestGreen228B22 
 Green008000 
 DarkGreen006400 
 YellowGreen9ACD32 
 OliveDrab6B8E23 
 Olive808000 
 DarkOliveGreen556B2F 
 MediumAquamarine66CDAA 
 DarkSeaGreen8FBC8F 
 LightSeaGreen20B2AA 
 DarkCyan008B8B 
 Teal008080 

Jenis Biru

 Aqua00FFFF 
 Cyan00FFFF 
 LightCyanE0FFFF 
 PaleTurquoiseAFEEEE 
 Aquamarine7FFFD4 
 Turquoise40E0D0 
 MediumTurquoise48D1CC 
 DarkTurquoise00CED1 
 CadetBlue5F9EA0 
 SteelBlue4682B4 
 LightSteelBlueB0C4DE 
 PowderBlueB0E0E6 
 LightBlueADD8E6 
 SkyBlue87CEEB 
 LightSkyBlue87CEFA 
 DeepSkyBlue00BFFF 
 DodgerBlue1E90FF 
 CornflowerBlue6495ED 
 MediumSlateBlue7B68EE 
 RoyalBlue4169E1 
 Blue0000FF 
 MediumBlue0000CD 
 DarkBlue00008B 
 Navy000080 
 MidnightBlue191970 

Jenis Coklat

 CornsilkFFF8DC 
 BlanchedAlmondFFEBCD 
 BisqueFFE4C4 
 NavajoWhiteFFDEAD 
 WheatF5DEB3 
 BurlyWoodDEB887 
 TanD2B48C 
 RosyBrownBC8F8F 
 SandyBrownF4A460 
 GoldenrodDAA520 
 DarkGoldenrodB8860B 
 PeruCD853F 
 ChocolateD2691E 
 SaddleBrown8B4513 
 SiennaA0522D 
 BrownA52A2A 
 Maroon800000 

Jenis Putih

 WhiteFFFFFF 
 SnowFFFAFA 
 HoneydewF0FFF0 
 MintCreamF5FFFA 
 AzureF0FFFF 
 AliceBlueF0F8FF 
 GhostWhiteF8F8FF 
 WhiteSmokeF5F5F5 
 SeashellFFF5EE 
 BeigeF5F5DC 
 OldLaceFDF5E6 
 FloralWhiteFFFAF0 
 IvoryFFFFF0 
 AntiqueWhiteFAEBD7 
 LinenFAF0E6 
 LavenderBlushFFF0F5 
 MistyRoseFFE4E1 

Jenis Kelabu

 GainsboroDCDCDC 
 LightGreyD3D3D3 
 SilverC0C0C0 
 DarkGrayA9A9A9 
 Gray808080 
 DimGray696969 
 LightSlateGray778899 
 SlateGray708090 
 DarkSlateGray2F4F4F 
 Black000000 


10 Cara Berjimat Dan Simpan Duit

Assalamualaikum. Buat masa ni aku sememangnya penat dengan urusan kerjaku yang sangat memerlukan tenaga yang maksima. Fikir punya fikir nak masukkan cerita apa hari, tiba - tiba aku teringatkan sesuatu. Argghhh tidakk!!!! satu sen duit pun takde kat dompet aku!!! alamatnya kena keluar rumah awal - awal la esok pergi cucuk duit. Lepas tu kul 2pm baru masuk kerja kikiki. Duit dah takde ni bukan apa, memang seminggu aku keluar bajet cukup cukup je, kira ikut perancangan belanjawan la. Jadi di waktu kelapangan ni aku nak kongsi ngan korang macam mana caranya aku berjimat simpan duit untuk tambah pendapatan di masa hadapan (terutamanya).

1. Rancang Perbelanjaan


Setiap awal bulan aku akan buat benda ni. Mula mula aku akan campur semua baki gaji yang ada dengan gaji yang baru masuk campur income income tambahan. Lepas tu, jumlah yang aku dapat aku tolak lak dengan belanja bulanan tetap macam (bil air + bil api + internet + topup hanset (RM100 selalunya) + sewa rumah + insurans). Baki yang tinggal aku tolak ngan duit yang nak aku simpan. Dan last sekali baki yang tinggal emmm pandai pandai la aku guna.
2. Amanah Saham Bumiputera

Abah aku yang beriya-iya suruh aku bukak akaun ni. Akaun ni kiranya menyimpan sambil melabur la. Dapat tambah duit simpan sikit. Jadi aku pun bukak la bulan 1 tahun lepas walaupun dari januari 2013 abah aku suruh bukak hehehe jawabnya dapat sikit la baru baru ni bonus yang saban tahun dapat tu sebab baru simpan beberapa ringgit je. Abah aku cakap kalau boleh simpan RM 500 sebulan. Dalam setahun aku dapat simpan RM 6000. Contoh kalau bonus hujung tahun selalunya 7 % dari simpanan, maka aku dapatlah la RM 420  Atau dengan cara membuat pinjaman asb.

3. Kerj OT



Kalau korang boleh buat OT, buat lah kalau nak tambah sikit pendapatan bulanan tapi setengah tempat OT tidak diperlukan. Itu pun kalau korang rajin. Tapi pada aku, disebabkan dah tak ada cara lain nak tambah income, aku terpaksa la kerja lebih masa sikit. Tapi bukan setiap hari. No way!!! Aku pun malas gak. Aku akan kerja OT bila time cuti - cuti umum je macam tahun baru ke, Hari Satu Malaysia ke ataupun Thaipusam. Lepas tu buat double shif. Hehehe mata duitan tul. Bukan ape, kalau kerja OT time cuti2 ni boleh claim double. Contohnya la, kalau hari biasa sehari RM100 satu shif. Kalau cuti umum sehari RM200 satu shif, kalau dua shif dah RM400. sebab tu aku sanggup kerja bila orang lain bercuti. Lagi pun aku duk di perantauan (bajet oversea). Kalau cuti setakat sehari tak puas la balik kampung.

4. Mengurangkan Penggunaan Minyak 

Ini bermaksud aku jarang keluar rayau - rayau la, gi sana gi sini gi situ. Aku guna kereta gi kerja je. itupun tak jauh 15 minit dah sampai. Lagipun zaman sekarang  minyak  dah tak menentu. Memang akan naik. Jadi aku selalunya target dalam sebulan aku akan belanja RM100 untuk duit minyak. Kalau terlebih gak nak wat macam mana (Tak ralat la rasa kalau guna untuk sesuatu yang penting). Kalau nak jimat lagi pakai motorsikal je....

5. Tabung Duit Syiling

Dulu masa zaman sekolah ada la menabung sikit - sikit. Lepas tu langsung takde. Sampai la time kerja sekarang baru teringat nak menabung. Aku khususkan untuk duit syiling baki beli barang barangan runcit. Kalau disimpan dalam dompet, berat arr jadi. Lama lama koyak. Tu yang buat aku malas biar dalam tu je. Jadi aku buatkan satu tabung untuk duit - duit syiling ni. Sehari letak seposen pun jadilah. Sikit sikit lama lama jadi bukit.

6. Mengawal Nafsu Makan

Ikut individu masing-masing larr, bagi aku, aku ni kurang makan. 2 kali sehari pun dah cukup (pagi & petang). Seelok - eloknya masak sendiri kat rumah, lebih jimat. Tapi disebabkan aku ni langsung tak pandai masak, maka aku beli kat luar jerr. Untuk makan sehari aku belanja RM10 (31hari x RM10 = RM310) Kalau korang tak tahu la cukup ke tak sepuluh hinggit tu. Tapi kalau sekali sekali nak makan best no hal la. Layan je janji perut kenyang. Tapi pernah gak kurang RM5 aku makan dalam sehari hehehe... kalau nak jimat biar dompet hanya ada RM 10 je, comfom tak lebih punya.

7. Tidak Berhutang

Setakat ni aku takde hutang dengan sape - sape lagi. Dengan kawan ke, dengan bank ke, dengan ah long ke memang takde. Amatlah tidak digalakkan feel pinjam pinjam duit dan berhutang ni walau satu sen pun. PTPTN pun aku tak ambik (tak tahu la macam mana perancangan akan datang mana tahu nak sambung study). Tapi kalau sesape yang cuba nak berhutang, cuba gunakan masa yang singkat atau jumlah yang sikit.

8. Ada Insurans Peribadi

Penting bagi seseorang itu ada insurans nyawa. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi kat kita pada hari mendatang. Insurans lak ada macam - macam. Insurans nyawa la, insurans kereta la, insurans harta la. Satu lagi, insurans mulut boleh?

9. Ada Simpanan Kecemasan

Malang tidak berbau. Itu lah pepatah orang lama-lama  kalau kita tiba - tiba menghadapi sebarang musibah. Aku kena pastikan ada sejumlah wang tertentu tersimpan kemas dalam bank. Jangan keluarkan. Jangan gunakan. Kecuali kalau ada kecemasan yang tidak diduga.

10. Perancangan Jangka Panjang

Ini kira penjimatan dan simpanan wang dengan gigih di mana aku nak guna sejumlah wang itu pada waktu yang ditentukan nanti. Selalunya wang diperlukan adalah dalam nilai yang besar. Contohnya, famili aku rancang nak gi Japan tahun depan. So bermula di saat ni aku kena la kumpul duit sehingga mencukupi untuk digunakan di Japan nanti. SAYONARA.

=====SEMOGA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN BERMANFAAT SEHINGGA BERJUMPA LAGI ======